Apa yang menyebabkan mereka sanggup bergadai nyawa, mengorbankan harta dan masa?
Tentera Darat Turki telah bertempur bermati-matian dan telah kehilangan 250,000 orang untuk menghalang kekuatan musuh yang dikumpulkan dari merata penjuru dunia.
Biarpun kebanyakan senjata milik para pejuang Islam tidak secanggih senjata tentera musuh malahan ada senjata yang sudah ketinggalan zaman masih digunakan tetapi kekuatan moral yang tinggi memungkinkan tentera Islam mampu memberikan saingan hebat kepada tentera penceroboh.
Jika kamu pernah mengunjungi kawasan yang pernah menjadi medan pertempuran paling berdarah ini, akan dapat kamu lihat sendiri betapa rapatnya jarak diantara garisan musuh dengan garisan pejuang-pejuang Turki Islam. Cubalah kamu bayangkan betapa sengitnya pertempuran yang dihadapi oleh kedua-dua pihak, terutama sekali pihak Islam yang bilangannya jauh lebih sedikit ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang tidak sehebat pihak musuh. Kerap kali mereka diberi arahan untuk tidak menggunakan peluru tetapi untuk memasangkan pisau bayonet di hujung senapang dan menggempur secara terus ke garisan musuh.
Saya pernah mengunjungi medan pertempuran di Canakkale itu dan dapat saya lihat sendiri garisan perjuangan kedua-dua pihak. Saya pernah berjuang di medan peperangan, tetapi apa yang telah dilihat oleh mata kasar ini di kawasan Canakkale, adalah sesuatu yang amat menyentu hati nulari. Amat menakjubkan. Semangat perjuangan, ketegaran, dan keteguhan hati pejuang Islam tersemat kuat di sanubari setiap diantara mereka. Begitu hebat kuasa yang mengiringi pembela- pembela Islam ini.
Umat Islam masa kini tidak tahu dan tidak berminat untuk mengambil tahu tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perang Canakkale. Pada saat ini, sedang kita membicarakan tentang kisah-kisah perjuangan umat Islam dalam peperangan yang amat dashyat ini, terdapat ramai juga dikalangan umat kita di kawasan itu yang sedang asyik terlonjak-lonjak kegirangan, menari-nari, hidup berfoya-foya bergelumang dengan keseronokan dan kemaksiatan.
Mereka membiarkan diri untuk terus tenggelam dalam kesesatan yang ditiru dari kehidupan bercorak kebaratan, tanpa menghiraukan bahawa tanah yang sedang diinjak-injak itu telah menguburi ratusan ribu mayat-mayat para syuhada. Bilangan korban yang tinggi di kalangan pejuang Islam itu telah menyebabkan ramai diantara mereka yang tidak sempat dikafankan. Ramai diantara mayat-mayat itu yang tidak dapat diberikan pengkebumian yang sempurna. Mereka hanya menggunakan pasir-pasir untuk menimbusi mayat para pejuang yang terbujur kaku.
Dalam masa yang sama, terdapat juga ramai askar-askar Islam dari Afghanistan, Pakistan dan India yang mendapati diri mereka terperangkap dek kecuaian sendiri.
Mereka telah berkhidmat dengan tentera British dan dalam peperangan itu, mereka telah diberi arahan dari pihak British untuk menaiki sebuah kapal perang yang akan membawa mereka ke medan pertempuran. Sepanjang pelayaran itu, mereka tidak dimaklumkan tentang musuh yang bakal dihadapi. Alangkah terkejutnya askar-askar Islam itu sebaik sahaja mereka mendarat dan mereka dapati bahawa musuh yang harus ditentang adalah dari tentera Khalifah Islam sendiri. Dengan jiwa yang memberontak, mereka berkata, ‘Tidak! Tujuan kami menyertai pasukan tentera ini bukanlah untuk menentang kaum Islam. Kami tidak akan melawan mereka. Kami akan pergi dari sini.’
Malangnya, pihak British mengatakan, ‘tidak, kamu semua tidak boleh mengundurkan diri. Kamu harus menghadapi mereka. Jangan berani untuk cuba melarikan diri kerana kami akan sentiasa mengawasi kamu. Jika kamu ingkar pada arahan ini, kamu akan menemui ajal ditangan kami.’
Begitulah nasib yang menimpa askar-askar Islam yang terpaksa berjuang di pihak musuh.
Perang Canakkale adalah peperangan yang terakhir dalam Islam. Tiada lagi peperangan Islam berikutan dari itu, kerana apa jua bentuk peperangan dalam Islam harus diterajui oleh seorang Khalifah. Hanya Khalifah yang diberi kuasa untuk mengisytiharkan Jihad dan mereka yang layak berjihad di jalan Allah haruslah orang yang benar-benar muslim yang akan sentiasa bersedia untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh demi untuk mencari keredaan Allah.
Banyak perperangan-peperangan yang tercetus selepas itu bukanlah sebuah peperangan yang memperjuangkan Islam kerana Dunia Islam tanpa naungan Daulah Khilafah selalu menjadi sasaran penghinaan, Fitnah, Kekejaman Musuh-Musuh Islam. Islam memandang hakikat kekuasaan merupakan perpanjangan dari kedaulatan Allah swt. Perjuangan seorang Khalifah Islam tidak ditujukan kepada tujuan yang bersifat keduniaan tetapi untuk memperjuangkan kedaulatan Allah di bumi dengan mengamalkan syari’at-Nya.
Pernahkah mereka semua memikirkan tentang pengorbanan para syuhada Canakkale yang telah berjuang untk mempertahankan daulah Islam?
Bukan sekadar satu atau dua nyawa yang telah sanggup berkorban, malah ratusan ribu yang telah menyumbangkan khidmat dan bakti pada Khalifah Islam hingga mereka gugur di jalan Allah.
Satu peristiwa yang berlaku pada waktu itu ialah apabila seorang kapten dari tentera Islam Khalifah sedang mengamati keadaan di sekitar medan pertempuran, dan beliau berkata, ‘jika pihak musuh berjaya melintasi selat ini, apa yang harus kami lakukan?’
Semua askar-askar Khalifah faham bahawa sekiranya musuh berjaya mematahkan benteng pertahanan di Gallipoli maka impian musuh untuk menakluki Istanbul berada dalam cengkaman. Sultan dan Khilafat akan jatuh ke tangan musuh. Oleh disebabkan itu, setiap diantara para pejuang Islam telah mengorbankan segala jiwa dan raga demi untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan sehinggakan pihak musuh tidak berupaya untuk merempuh masuk dan meruntuhkannya.
Seorang pejuang Islam yang bernama Ali Chawsh datang menghampiri kapten itu. Beliau berada dalam keadaan parah, namun masih sempat mengukir senyuman dan berkata , ‘Oh Kapten, usah diragukan semua itu. Masih ramai lagi askar-askar kami yang sedang menanti di belakang. Malah kami boleh membuat benteng setinggi gunung dari askar-askar kami itu dan pihak musuh pasti tidak dapat menembusinya.’
Dan dia berkata lagi, ‘ tapi diriku kini sedang dalam sedikit kesakitan,’ ini berakibat dari sebutir peluru yang telah menembusi tangan kanannya menyebabkan isi lengan terkeluar dan tulang tangan hancur. Hanya sekeping daging yang sedang mencantumkan tangan pada tubuhnya.
Dia menghulurkan sebilah pisau kepada kapten itu sambil berkata, ‘tolong potongkan tanganku ini agar aku dapat bergerak bebas dan menentang mereka dengan lebih bersemangat.’
Dia berjaya memasuki garisan musuh dan
tembakan mesingan bertalu-talu dari pihak musuh telah diarahkan
kepadanya. Pejuang Islam mengambil kesempatan itu untuk menyerang balas
tembakan musuh hinggakan mereka berjaya menawan benteng pertahanan
musuh.
Sebuah lagi kisah yang menyentuh hati telah berlaku ke atas diri
seorang pejuang yang bernama Seyyid Chaush. Beliaulah yang telah
meletakkan peluru yang terakhir ke dalam sebuah meriam dan akibat dari
bedilan peluru meriam itu, sebuah kapal perang musuh telah berjaya
dikaramkan. Pada ketika itu, Seyyid Chaush adalah satu-satunya askar
yang masih dapat bertahan. Teman-teman seperjuangannya yang lain telah
gugur di medan pertempuran. Maka tinggallah beliau keseorangan yang
berusaha sedaya-upaya untuk mengangkat peluru yang seberat 300 kilogram.Allahu Akhbar! Bedilan meriam itu telah menamatkan segala-galanya. Serangan hebat itu telah meruntuhkan semangat perjuangan pihak musuh. Apabila musuh menyaksikan kemusnahan sebuah lagi kapal perang mereka, dengan serta-merta mereka menghentikan segala bentuk serangan. Mereka sedar bahawa adalah mustahil untuk meneruskan usaha menakluki kota Istanbul kerana semangat juang yang luar biasa dari tentera Islam adalah ibarat besi yang teguh dan utuh, yang tak bisa dipatahkan. Maka pihak musuh mengundurkan diri.
Banyak lagi kisah-kisah sedih lagi menyayat hati yang telah berlaku dalam peperangan ini. Peperangan yang melibatkan 250,000 pejuang yang menemui syahid di jalan Allah, dan tidak hairanlah jika saya katakan bahawa terdapat lebih kurang 250,000 kisah yang wajar kita bicarakan. Kerana setiap mereka mempunyai cerita tersendiri.
Ya, semoga kita dapat memahami dan menjiwai kisah-kisah di sebalik pengorbanan mereka kerana di dalamnya terkandung maksud yang luas, maksud yang dapat menjernihkan kekeruhan di hati ini akibat terlalu leka dengan kelazatan nikmat dunia. Saya melihat kini betapa umat Islam begitu berat untuk melakukan ibadah korban walaupun hidup mereka senang dan mewah. Pada tahun itu, tidak seorang pun diantara penduduk umat Islam di Turki yang menyembelih korban. Setiap diantara mereka telah mengorbankan segala yang dimiliki demi menyokong perjuangan Khalifah dan tentera-tentera Islam di sana. Dan para ulama dan Awliya mengatakan bahawa seluruh rakyat Turki pada masa itu telahpun menunaikan ibadah Kurban mereka. Setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang telah syahid di jalan Allan.
Bukan hanya kaum lelaki yang mengangkat senjata dan berjuang di barisan depan, terdapat juga ramai kaum perempuan yang turut menyumbangkan bakti. Seorang askar Anzac pernah menceritakan, ‘saya sedang memerhatikan serangan bertalu-talu yang datang dari garisan tentera Islam. Tembakan yang tiada henti-hentinya dari arah itu meningkatkan lagi ketegangan yang mewujudkan serangan balas yang hebat dari pihak kami.
Kami menyangka bahawa terdapat sebuah batalion yang hebat di sebalik garisan itu. Serangan itu berterusan dalam jangka waktu yang agak panjang.
Akhirnya, menjelang senja, serangan terhenti. Pihak kami terus menggempur masuk ke arah itu. Alangkah terkejutnya bila apa yang kami temui hanyalah mayat seorang perempuan dan di sisinya, terbujur kaku mayat seorang budak lelaki. Setelah dihitung, kami dapati enam puluh tiga butir peluru yang telah menghinggapi tubuh badannya.”
Begitulah bentuk kekuatan Iman yang telah menyelamatkan Islam.
Begitulah sikap kepahalwanan mereka yang luar biasa, yang tersemat di dada orang-orang yang beriman kepada Allah swt dan Rasul-Nya (asws) dan yang taat setia kepada Khalifah. Bukan sekadar di kalangan anak-anak lelaki, para suami dan kaum ayah, kaum ibu turut memiliki sikap kepahlawanan yang utuh ini.
Berlaku sebuah kisah di mana seorang ibu telah menghantar anak lelakinya untuk berjuang di Canakkale. Sebelum berangkat, ibu itu telah meletakkan inai dikepala anaknya. Setibanya di Canakkale, kaptennya bertanya, ‘mengapa kulit kepala kamu itu kelihatan kemerah-merahan, Mehmet?’ – Mehmetcik adalah gelaran yang diberi bagi pejuang-pejuang Nabi Muhamad (asws).
‘Saya kurang pasti. Ibu yang meletakkannya di kepala saya sebelum saya ke mari.’
Sebaik sahaja surat itu dibaca, ibunya membalas dengan mengatakan, ‘Anakku, di kampung kita ini, inai digunakan dalam tiga acara yang penting. Pertama, inai itu diletakkan di jari jemari, di telapak tangan seorang anak gadis untuk menandakan bahawa kita telah menyerahkannya (kepada suaminya). Kedua, kita letakkan inai di kambing yang akan dikorbankan untuk Allah. Dan ketiga, kita letakkan inai di kepala anak-anak lelaki untuk menandakan bahawa kita telah menyerahkan anak itu demi untuk Allah swt, anak itu kita korbankan ke jalan Allah. Dengan hati yang pasrah, kita menghantar anak itu ke medan peperangan tanpa berharap bahawa anak itu akan kembali lagi. Anakku, jangan kamu melarang ibu dari meletakkan inai di kepala adikmu. Ibu telah pun melakukannya dan sekarang ini dia sedang dalam perjalanan ke sana.’
Alhamdulillah, 250,000 nyawa telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Akhirnya, tentera musuh telah berjaya dikalahkan dan mereka mengundurkan diri.
InshaAllah, benteng pertahanan Islam yang ampuh tidak dapat dan tidak pernah akan dapat ditembusi oleh musuh-musuh Islam selagi anak-anak serta cucu cicit para syuhada Canakkale masih bermukim di bumi Allah ini. Musuh kini semakin bebas untuk melakukan apa sahaja, tetapi anak-anak dari pahlawan Islam yang gagah perkasa ini sedang menantikan giliran mereka. Secara senyap, mereka sedang menantikan isyarat dari Baginda Rasulullah (asws). Mereka sedang menghitung hari.
InsaAllah ar-Rahman, mari kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh-roh bagi setiap para syuhada Canakkale. Semua ini sebenarnya adalah untuk kebaikan kita sendiri, agar keberkahannya akan dapat menambahkan kekuatan iman dan kekuatan diri untuk kita meneruskan kehidupan ini.
Ya, perubahan sememangnya telah banyak berlaku di sana sini, tetapi keimanan seorang muslim kepada Allah swt tidak harus berubah. Gaya hidup semakin pesat berubah mengikut peredaran masa, tetapi keimanan kepada Allah adalah pegangan hidup yang harus terus kukuh kerana Keimanan terhadap Allah membezakan antara kita dengan hamba-hamba-Nya yang lain.
Ini juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa walau apa pun keadaannya, kita harus mampu untuk bangkit demi Islam. Satu hari kelak, Allah (swt) akan menguji kita dengan ujian yang serupa. Jika kita lulus, kita akan menemui kejayaan yang berkekalan di akhirat. Jika kita kecundang, maka ini adalah perkara yang amat menyedihkan.
http://osmanlijb.wordpress.com/2013/03/14/memperingati-perjuangan-pembela-islam-dalam-perang-canakkale-bhg-ii/

2 komentar:
Tetapi, selepas itu, Turki kalah semula dan IslamBol ditawan British. Attaturk memusnahkan kesultanan (1922) dan Khilafah (1924) tanpa balas kesihan.
bagi inggris perang gallipoli dan canakkale pada april-desember 1915 adalah perang strategi bisnis membuat jalur pintas menuju Rusia, untuk sampai kesana perlu menguasai selat dardanella Turki.
bagi tentara Khilafah Turki bisa disebut perang jihad karena wilayah Turki diserbu pasukan gabungan Inggris Perancis plus Anzac.
jangan lupa kemenangan perang ini berkat Mustafa Kemal Pasha yg saat itu berpangkat Letnan Kolonel dan menjabat sebagai salah satu komandan batalion infantri unggulan Turki Otoman.
gambar gambar diatas bukan foto dokumen asli, itu hanyalah potongan dari Film Canakkale Yolun Sonu 2012, sebuah film Turki
Posting Komentar